Aku senang bila aku lihat kawan-kawan aku bahagia. Bagi aku, nak mengecapi sesuatu kebahagiaan itu bukan senang. Ia satu anugerah. Anugerah yang di berikan oleh pencipta kita, iaitu ALLAH S.W.T. kepada hamba-hambaNya yang tertentu. Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat merasai kebahagiaan dalam hidup mereka. Malah terlebih beruntung pada sesiapa yang tahu untuk mensyukuri nikmat tersebut.
Tapi manusia mudah lupa. Betul lah dah nama pun manusia, memang lah suatu makhluk yang sangat pelupa, bukan hanya Melayu sahaja. Oleh sebab itu lah, Allah selalu memberikan peringatan-peringatanNya terhadap kita di dalam al-Quran. Tapi sayang, hanya segelintir manusia sahaja yang mampu melihat semua ini. Walaupun sudah banyak pihak yang cuba menyedarkan manusia-manusia yang masih sesat ini, namun, hanya yang mendapat hidayah dariNya sahaja yang dapat menerimanya.
Manusia akan mudah lupa diri bila di berikan kesenangan. Erti kesenangan terlalu subjektif. Sukar untuk aku mengungkaikannya. Namun, hanya pada insan-insan yang merasainya sahaja yang mengerti. Hal ini kerana, kesenangan yang dirasai oleh setiap orang tidak sama. Ada yang senang dengan harta yang melimpah. Ada yang merasai kesenangan dengan rupa paras yang indah. Ada yang di berikan kesenangan berbentuk kebijaksanaan. Ada juga yang merasa senang dengan kuasa atau pangkat yang di milikinya. Malah, bermacam-macam lagi bentuknya yang x mampu untuk aku ungkapkan di sini. Mungkin anda lebih mengetahuinya berbanding aku.
Tapi ingat lah wahai saudara-saudara ku sekalian, sesungguhnya kesenanganmu itu bukan hak kamu yang kekal abadi. Ia satu anugerah. Ia bisa berubah menjadi satu ujian besar buatmu dari Tuhan mu. Dan saat itu baru kamu menyedarinya dan menyesal. Tapi penyesalan mu saat itu sudah tidak ada gunanya. Nikmat itu hanya akan di berikan sekali seumur hidup kita. Dan nikmat yang datang selepas itu tidak sebanding yang telah kita miliki. Ingatlah, tiada suatu apa pun yang akan kekal di dunia ini. Semuanya hanya bersifat sementara.
Aku bercakap bukan hanya mahu membuang waktuku. Tapi aku sendiri telah merasai semuanya. Aku pernah duduk di tempat tertinggi. Aku pernah merasai kemewahan dan lain-lainya. Aku pernah hidup lebih dari insan-insan lain di sekelilingku. Apa yang aku ingin kan saat itu semuanya aku dapat. Tapi sayang, aku kufur. Oleh sebab segala kesenangan yang aku miliki aku lupa diri aku. Aku lupa pada penciptaku. Aku menjadi sombong pada Nya, malah pada diri ku jua.
Bila semuanya sudah mula hilang sedikit demi sedikit, baru aku sedar. Aku sedar, bahawasanya, apa yang aku miliki sebelum ini adalah hak Allah. Dia yang memberikan aku nikmat-nikmat tersebut. Tapi kini nikmat itu hanya tinggal kenangan. Kenangan indah yang hanya bermain di setiap ceruk kotak memoriku.
Rindu sungguh saat itu. Sesungguh aku tidak akan lupa apa yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu. Semuanya akan aku simpan rapi dalam diriku buat selama-lamanya.
Apa yang penting sekarang aku harus bangkit dan terus bangkit. Sesungguhnya Allah sayang pada hamba-hambanya yang berusaha. Aku akan berusaha untuk menjadi seperti dahulu, jika diizinkannya. Aku tahu setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Jika Allah masih memberikan aku nikmat-nikmat tersebut, mungkin aku masih hanyut dalam duniaku sendiri. Tapi sekarang, sekurang-kurangnya aku sedar bahawa kesenangan, kebahagiaan yang aku miliki kini dan akan datang bukan milik ku. Tapi ia datang kerana pemberian Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
InsyaAllah, sama-sama lah kita bermuhasabah diri. Manusia hanya mampu merancang, tapi ketentuan hanya milik Allah S.W.T..
~Terima kasih~ ^_^
Friday, 5 August 2011
Nikmat Allah yang tiada bandingannya
Posted by nur_iman90 at 18:14 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)


