BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 5 August 2011

Nikmat Allah yang tiada bandingannya

      Aku senang bila aku lihat kawan-kawan aku bahagia. Bagi aku, nak mengecapi sesuatu kebahagiaan itu bukan senang. Ia satu anugerah. Anugerah yang di berikan oleh pencipta kita, iaitu ALLAH S.W.T. kepada hamba-hambaNya yang tertentu. Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat merasai kebahagiaan dalam hidup mereka. Malah terlebih beruntung pada sesiapa yang tahu untuk mensyukuri nikmat tersebut.


     Tapi manusia mudah lupa. Betul lah dah nama pun manusia, memang lah suatu makhluk yang sangat pelupa, bukan hanya Melayu sahaja. Oleh sebab itu lah, Allah selalu memberikan peringatan-peringatanNya terhadap kita di dalam al-Quran. Tapi sayang, hanya segelintir manusia sahaja yang mampu melihat semua ini. Walaupun sudah banyak pihak yang cuba menyedarkan manusia-manusia yang masih sesat ini, namun, hanya yang mendapat hidayah dariNya sahaja yang dapat menerimanya.


      Manusia akan mudah lupa diri bila di berikan kesenangan. Erti kesenangan terlalu subjektif. Sukar untuk aku mengungkaikannya. Namun, hanya pada insan-insan yang merasainya sahaja yang mengerti. Hal ini kerana, kesenangan yang dirasai oleh setiap orang tidak sama. Ada yang senang dengan harta yang melimpah. Ada yang merasai kesenangan dengan rupa paras yang indah. Ada yang di berikan kesenangan berbentuk kebijaksanaan. Ada juga yang merasa senang dengan kuasa atau pangkat yang di milikinya. Malah, bermacam-macam lagi bentuknya yang x mampu untuk aku ungkapkan di sini. Mungkin anda lebih mengetahuinya berbanding aku. 


     Tapi ingat lah wahai saudara-saudara ku sekalian, sesungguhnya kesenanganmu itu bukan hak kamu yang kekal abadi. Ia satu anugerah. Ia bisa berubah menjadi satu ujian besar buatmu dari Tuhan mu.  Dan saat itu baru kamu menyedarinya dan menyesal. Tapi penyesalan mu saat itu sudah tidak ada gunanya. Nikmat itu hanya akan di berikan sekali seumur hidup kita. Dan nikmat yang datang selepas itu tidak sebanding yang telah kita miliki. Ingatlah, tiada suatu apa pun yang akan kekal di dunia ini. Semuanya hanya bersifat sementara. 


     Aku bercakap bukan hanya mahu membuang waktuku. Tapi aku sendiri telah merasai semuanya. Aku pernah duduk di tempat tertinggi. Aku pernah merasai kemewahan dan lain-lainya. Aku pernah hidup lebih dari insan-insan lain di sekelilingku. Apa yang aku ingin kan saat itu semuanya aku dapat. Tapi sayang, aku kufur. Oleh sebab segala kesenangan yang aku miliki aku lupa diri aku. Aku lupa pada penciptaku. Aku menjadi sombong pada Nya, malah pada diri ku jua. 


     Bila semuanya sudah mula hilang sedikit demi sedikit, baru aku sedar. Aku sedar, bahawasanya, apa yang aku miliki sebelum ini adalah hak Allah. Dia yang memberikan aku nikmat-nikmat tersebut. Tapi kini nikmat itu hanya tinggal kenangan. Kenangan indah yang hanya bermain di setiap ceruk kotak memoriku. 


     Rindu sungguh saat itu. Sesungguh aku tidak akan lupa apa yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu. Semuanya akan aku simpan rapi dalam diriku buat selama-lamanya.


     Apa yang penting sekarang aku harus bangkit dan terus bangkit. Sesungguhnya Allah sayang pada hamba-hambanya yang berusaha. Aku akan berusaha untuk menjadi seperti dahulu, jika diizinkannya. Aku tahu setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Jika Allah masih memberikan aku nikmat-nikmat tersebut, mungkin aku masih hanyut dalam duniaku sendiri. Tapi sekarang, sekurang-kurangnya aku sedar bahawa kesenangan, kebahagiaan yang aku miliki kini dan akan datang bukan milik ku. Tapi ia datang kerana pemberian Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


     InsyaAllah, sama-sama lah kita bermuhasabah diri. Manusia hanya mampu merancang, tapi ketentuan hanya milik Allah S.W.T..


    ~Terima kasih~ ^_^ 

Monday 20 June 2011

Ulek Mayang : Tradisi orang Tganu

Ulek Mayang 

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua


Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala


fuuhhh... best giler beb layan lagu ni.... bg aku leh buat aku tenang...layan arr kan senang crite... aku suke lagu2 mcm nie...so dalam entri aku kali ni aku nak share ngn korang pasal tarian Ulek Mayang... 

Persembahan Kesenian Tradisional ... Ulek Mayang

Lagu Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu. 
Ini adalah persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.  Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang.  Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat.  Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain.  Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah.  Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.
Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera.  Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit.
Koreografer Badan Kesenian Muzium Terengganu, Mohd Nazri Ismail, menjelaskan olahan termasuk gerak tari dan susunan muzik dilakukan bagi memberi nafas baru selaras dengan perkembangan zaman dan penerimaan masyarakat ketika ini.
Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk.  Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk. 
Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mantera.  Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk menghapuskan unsur khurafat.
Kini, persembahan Ulek Mayang yang dimainkan sekadar untuk suka-suka saja, di mana ia melambangkan suatu pemujaan mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh beradik.  Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang.  Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.
Doa dan 'bangkitan' dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan. 
skang korng leh tekan link kat bawah untuk dgr lagu ni k...best..pecayalah...:)

Friday 10 June 2011

Munajat Cinta



Thursday 9 June 2011

First Love....^_^

Hmm...memandangkan petang ny aku x tahu nk buat ape setelah penat stdy...( haha...stdy lah sgt...:p )...tetibe datang moOd rajin aku nk melalut kat sini... kalau korg nak tahu...aku bosan sgt nie...so lau korang pon xde keje jom lah teman aku kat sini ea...hehehe

kali nie aku nak share ngn korang saat2 manis bersama teman2 aku time aku kat skolah rendah... memandangkan entry lepas aku dah share ngn korang pasai tmpt fisrt aku stdy... so kali ni aku nk share lak tmpat yg byk sgt bg aku kenangan yg smpai hari nie aku x leh nk lupe...

actully xde ah istimewa sgt pon....mgkin bg korg crita aku nie biasa2 jer...tp nie lah sejarah hdup aku...sje je nk share ngn korg untuk isi masa lapang an dan sbgai  pengenalan aku ngn korg...sbb aku pon bru jer berjinak2 ngn dunia blogger nie.....hehehe

lencana skolah aku yg comel...=D
kat sini mcm2 peristiwa tercipta...manis....pahit...masin...tawar...suka...duka... yg xmgkin sama skali aku lupakan sampai bile2....

skolah aku ni skolah kg jer....dekat sgt dengan Pantai Sabak...tapak mule2 Jepun bertapak masa perang dunia ke-2...kehidupan kami kat sini dah mcm satu famly...di sebabkan itu aku xpnh penat untuk mengenangnye kembali...

time kat sini...aku aktif sgt...mcm2 aktiviti aku buat...kokurikulum lau boleh semua aku nk sapu....haha...tp agak2 lah kan....mne mgkin semua bnde kite leh buat dlm satu masa...so aku ade lah terlibat ngn beberapa jenis sukan...antaranya bola jaring, pingpong n hoki....smpai ke peringkat daerah...pas tu aku stop abb nk kne fokus kat exam...

aku pnh wakil skolah aku untuk Tilawah al-Quran peringkat QIT...fiirst time aku terlibat ngn pertandinganperingkat tinggi...masa tu je lah..hehehe

walaupon aku kuat sukan...tp pelajaran aku x pnh terabai...aku sentiasa antara top 10 dalam kelas...syukur sgt...tp syg prestasi tu x dpt aku pertahankan sehingga sekarang...hmm...aku sendiri pon x tahu apa puncanya....xpe lah yg tu nnt kite bincangkan k..hehe...skang kite sambung bercerita lu...

kwn2 aku dulu skang semua pon dah berjaya...masing2 dah ade hidup sndiri....ade yg dah keje...yg dah ade famly sendiri pon dah amai aw....hehehe...

dulu time aku kat sini...aku ade secrete admire aw...tp siapakah gerangannyer?? Biarlah Rahsia bak kata Siti...haha..skang dia pon dah berjaya...dan ade kerjaya dia sendiri...aku pon tumpang bangga dengan dia...lau ade jodoh x kemana jgk kan..hehe

setelah 6 tahun segala2 nya kami harungi bersama...akhirya aku ngn kwn2 aku lulus dgn cemerlang...thnks kepada ckgu2 yg x pnh putus asa mndidik kami time tu...syg cikgu sgt2... lepas dr tu kami semua berpecah..masing2 pilih haluan hidup sendiri...ade yg masuk MRSM....SBP....dll....dan aku? lau nk tahu aku ke mana selepas dr nie...kite jumpe lg lepas nie k....hehehehe

Tuesday 7 June 2011

Manisnya Iman

Hadis
ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ. متفق عليه
“Tiga hal, bila ketiganya ada pada diri seseorang, nescaya ia merasakan betapa manisnya iman: Bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dibanding selain dari keduanya, ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintainya kecuali kerana Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya, bagaikan kebenciannya bila hendak dimasukkan ke dalam nyalaan api.” (Muttafaqun ‘alaih)

~Luahan Hati sang Perindu Malang~

Bende ni aku dah agak lama dah...tp kenapa mst berlaku jgk pada aku?? knp mst aku rasa mcm ni? apa hak aku untuk rasa mcm ni terhadap dia? dan knp harus dia buat mcm ni pada aku? apa hak dia? sbb tu org kata jgn bermain dgn perasaan nnt memakan diri.... last2 tgk..aku jgk yg mnderita...sakit hati....mungkin ni balasan bg org2 yg mcm aku...

Aku igt lg d awal perkenalan kami...aku hny igin berkwn jer...tp ak x sdr lame2 aku mule menyimpan perasaan terhadap dia....walhal aku sedar dia dah ade yg punye...walaupon dia sndiri x pnh mengaku...bodoh...bodoh...bodoh...tu je yg dpt aku katakn pd diri...pasni aku xnk dah berhubung ngn dia lg...ak xnk sejarah dulu berulang lg...peristiwa tu terlalu perit untuk aku telan...sbb perkara yg x pnh aku sangka berlaku dpn mata aku...

kadang2 aku datang terfikir...kat dunia ni dah xde ke lelaki yg jujur yg ikhlas syg kn seseorg perempuan tu...tnpa perlu melihat pd kecantikannya?? apa aku x layak ke untuk d sayangi mcm org lain? lau betol aku x layak untuk mndapatkan kash syg manusia..aku redha...tp aku xnk kasih syg Allah yg hakiki pd aku pudar...aku sedar, walaupon aku x dpt merasai kasih syg dr seorg insan yg aku syg...tp aku maseh ade org yg sygkan aku.... aku harap dgn 2 peristiwa ni cukup lah mengajar aku erti cinta... lepas ni aku hanya ingin menantikan cinta selepas akad...jika tak de jgk untuk aku d dunia ni...aku harap aku kuat untuk menantikan cinta hakiki d syurga nnt...

syurga? layak ke untuk org yg mcm aku ni merasai syurga? aku menyesal sgt dgn kebodohan dan kelalaian ak dlm mentadbir hidup aku sendiri..aku dah gagal...



aku nak diri aku yg dulu...yang aman dari maksiat...aku terasa tenang sgt time tu...Hanya Allah shj yg tahu perasaan aku saat nie...

walau ape pon yg dah berlaku..aku hny mmpu berdoa semoga aku d bukan kn pintu hati supaya kmbali ke jalan yg benar...dan DIA? aku doakan dia bahagia dengan cara dia..dengan pilihan dia...Aku tahu dia hny buat ape yg terbaik untuk diri dia jga..so aku doakan dia mencapai apa yg dia hajati...tp aku harap dia xkn terslah pilih jalan kerana dia masih terlalu muda untuk hidup ini...terlalu muda...

sekian shj coretan untuk hari ini...coretan ini tidak ade kaitan dgn yg hidup mahupon yg meninggal dunia...ini hnylah rekaan semata2...semoga mndapat pengajaran dr apa yg tertulis di sini...^_^

Saturday 4 June 2011

Hai kwan2...selamat bertemu kembali...hehe...bg permulaan blog sy ni...sy nk share ngn korang pengalaman manis sy time di bangku skolah dulu...banyak kenangan yg still segar dlm kotak memory sy sampai hari nie....gurau senda, hilai tawa, pahit manis semuanya masih mekar terpahat di lubuk hati sy....insyaAllah smpai bile2 lah hendaknya....

Seperti yg korang smua sedia maklum...sy di besarkan di Kota Bharu, Bandaraya  Islam.... kalau korang nak tahu tempat yang mule2 sy jejakkan kaki untuk menimba ilmu adalah di Taski Abim al-Hikmah, Tanjung Mas... haaa kat situ lah tmpat di mana sy mule2 mengenal huruf...nombor...tahu mengeja..mengira...dan sebagainya...sy ingt lg nama guru kelas sy time tu adalah Ustazah Hasnah...dia baik sgt2...dan yg paling penting dia seorg yg penyabar dlm melayan kerenah kami yg nakal...aishh,,kalu sy lah dah lama fedup ngan budak2 nie taw...hehe

nie ade serba sedikit gambar yg sempat sy selitkan...semoga korang enjoy k...=D

~nie time dalam kelas~




Friday 3 June 2011

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum sahabat2 sekalian....selamat datang ke blog saya.....BINTU ABIE.....dah lama sy bercita-cita untuk  memiliki blog sendiri...dan akhirnya ini lah hasilnya....dan saya harap dengan adanya blog ni...sy dapat share something new dengan u all...hope lau ade yg salah silap sy nnt dalam blog ni...korang x segan silu untuk komen ok....love u all guyS...don't forget to follow my blog yea...hehe...wassalam..^_^